1MDB: Bonus tahunan CEO Goldman Sachs dipotong dari RM111 juta kepada RM70 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Goldman Sachs Group Inc memotong pampasan tahunan Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Salomon sebanyak 36 peratus selepas dikenakan penalti berhubung rasuah berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik Bloomberg lembaga syarikat itu mengurangkan jumlah pampasan Solomon kepada AS$17.5 juta (RM70.78 juta) pada 2020, berbanding AS$27.5 juta (RM111 juta) pada tahun sebelumnya.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata, jumlah pampasan tersebut menyusut selepas Salomon diminta melunaskan bayaran bernilai AS$10 juta (RM40.45 juta) yang mengaitkan peranan firma itu dengan pelaburan 1MDB.

Selain itu, lembaga syarikat turut mengekalkan gaji Solomon untuk tahun ini.
Meskipun Solomon tidak dituduh melakukan kesalahan, lembaga syarikat pada Oktober mengatakan adalah “wajar” untuk menahan AS$31 juta sebagai ganti rugi kepada Solomon dan tiga lagi timbalannya setelah firma itu menyelesaikan lebih AS$5 bilion membabitkan masalah sivil dan siasatan jenayah.

Sebelum ini, Goldman Sachs bersetuju untuk melunaskan bayaran AS$2 bilion kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan berkaitan 1MDB.
Selepas mengaku bersalah, Goldman Sachs meletakkan kesalahan itu kepada lima bekas pegawai tertingginya dan meminta mereka menjelaskan semua bayaran yang diterima, selain bercadangmemotong gaji Solomon dan tiga timbalannya .

Goldman Sachs didenda AS$5 bilion oleh pihak berkuasa AS selepas mengaku bersalah terlibat dalam kes rasuah asing terbesar dalam sejarah pihak berkuasa negara itu.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat