Maradona Si Pemilik ‘Tangan Tuhan’ Meninggal Dunia

- Advertisement -

CYBERJAYA: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Tigre, lapor Daily Mirror.

Maradona, 60, menjalani pembedahan membuang darah beku di otaknya pada 30 Oktober lalu.

Media Argentina melaporkan Maradona telah menunjukkan tanda-tanda akan pulih namun serangan jantung meragut nyawa bintang lagenda itu.

Dikenali kerana gol kontrovesi ketika menentang England dalam kejohanan Piala Dunia 1986, Maradona mengetuai pasukan Argentina memenangi temasya suka bola sepak itu.

Ketika menewaskan England 2-0 itu, salah satu gol yang dijaringkan menimbulkan kontroversi hingga kini, Maradona menganggap gol tersebut dihasilkan dengan ‘tangan tuhan’.

Maradona bermain untuk Napoli dan pernah memenangi dua kejuaraan Serie A ketika beraksi bersama kelab Itali itu.

Beliau menjaringkan 34 gol sepanjang 91 penampilan bersama Argentina dan membawa negaranya ke Piala Dunia sebanyak empat kali.

Maradona mengumumkan persaraannya pada 1997.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat