Ahli Parlimen BN Bertanggungjawab Sokong Belanjawan 2021 – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat esok.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, berkata ia sekali gus menjadi tanggungjawab kepada Ahli Parlimen BN untuk menyatakan sokongan terhadap perkara berkenaan.

“Kita mengamalkan sistem whip. Keputusan dibuat bukan sekali tetapi beberapa kali melalui kenyataan dikeluarkan Presiden UMNO (yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan mesyuarat majlis tertinggi sebelum ini.

“Ada wujud polemik kita berbincang, setelah itu kekal keputusan lama. Lepas itu timbul lagi polemik, panggil lagi berbincang mungkin ada perubahan.

“Kita berbincang ambil pendapat positif dan negatif. Setakat ini BN tidak berubah (pendirian) bahawa kita akan terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Belanjawan 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Bicara Harakah bertajuk Belanjawan 2021: Hala Tuju Malaysia di bawah PN yang disiarkan secara langsung di Facebook Harakah TV, malam ini.

Program itu turut dihadiri, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim.

Dalam pada itu, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan memuji sikap Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang sentiasa bersikap terbuka terhadap kritikan dan pendapat berhubung inti pati Belanjawan 2021.

“Dalam proses nak menyokong belanjawan itu, mungkin ada kebertanggungjawaban mengenai isu seperti pengeluaran wang menerusi Akaun 1 KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan moratorium.

“Mungkin ada lompong dalam belanjawan itu, kita memberi pengesyoran dan Alhamdulillah kerajaan terutama Menteri Kewangan ambil sikap terbuka.

“Menteri itu bertemu dengan Ahli Parlimen Pekan (Datuk Seri Najib Razak), Ahli Parlimen Bagan Datuk (Ahmad Zahid) untuk mereka melontarkan pendapat,” katanya – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat