PAS setuju politik rentas parti, tidak wujud lagi dominasi satu parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS amat bersetuju dengan pendekatan kerjasama politik rentas parti,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Justeru katanya, PAS berpandangan langkah yang diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah selaras dengan realiti politik masa kini dalam konteks pentadbiran negara di seluruh dunia di mana tidak wujud dominasi satu-satu parti politik selepas sesuatu pilihan raya umum diadakan.

“PAS amat bersetuju dengan pendekatan kerjasama politik rentas parti yang telah dipelopori oleh Kerajaan Persekutuan sejak beberapa bulan yang lalu dan kini diteruskan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob.

” Ini merupakan suatu pendekatan politik matang yang berpaksikan kepada keutamaan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat tanpa mengambil kira sebarang perbezaan.

“Justeru PAS menyambut baik sambutan pimpinan parti-parti pembangkang utama di negara ini terhadap usaha pemulihan negara yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan yang turut memberikan ruang yang luas kepada semua pihak untuk sama-sama menyumbang idea dan buah fikiran dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 serta kesan-kesannya termasuk aspek ekonomi dan sosial,” kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu pada Khamis.

Ujar bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu lagi, PAS yakin dalam masa yang sama kerajaan akan terus berinteraksi dan mewujudkan kerjasama yang lebih konstruktif melibatkan semua pemegang taruh termasuk pihak pembangkang ke arah langkah-langkah reformasi merangkumi semua sektor, institusi dan segmen masyarakat.

“Dengan ini diharapkan akan menjadi suatu permulaan yang baik bagi pembentukan landskap baharu politik negara yang mementingkan kesejahteraan, keharmonian dan keadilan kepada semua rakyat yang terdiri dari masyarakat majmuk,” ujar Takiyuddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat