Agong terima persembahan senarai Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima persembahan anggota Jemaah Kabinet oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang hari ini.

Dalam kenyataan Istana Negara, sesi menghadap yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11.00 pagi ini.

“Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Datuk Seri Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu.

“Sesi menghadap hari ini merupakan yang kali kedua bagi Ismail Sabri selaku Perdana Menteri,” katanya.

Sesi menghadap yang pertama telah berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu.

“Usai sesi menghadap, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan mengurniakan santapan tengah hari kepada Perdana Menteri di Istana Abdulaziz.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat