‘Jabatan Netizen’ berhenti fitnah orang lain!

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee terkejut apabila terdapat rakan artis menjadi mangsa fitnah isu songlap duit RM70,000 seperti yang dilaporkan semalam.

Andi, 29, atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile berkata, netizen tidak sepatutnya memfitnah orang lain tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Saya terkejut sebab hari ini ada rakan rakan artis dituduh berikutan kes pecah amanah terhadap saya.

“Saya mohon kepada ‘jabatan netizen’ hentinan aktiviti fitnah memfitnah untuk mengisi masa lapang. Saya sudah serahkan semuanya kepada polis dan peguam.

“Doakan saya agar dapat tegakkan kebenaran dan hak saya selepad bekerja keras mencari rezeki untuk diri dan keluarga,” katanya.

Terdahulu, Andi membuat laporan polis terhadap seorang individu didakwa melakukan pecah amanah dan ‘songlap’ wang miliknya sebanyak RM70,000.

Andi yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam, berkata, wang itu adalah hasil pendapatan daripada dua projek membabitkan pelanggan besar untuk tahun ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,554FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat