Dos Ketiga Tak Dapat Kawal Varian Delta – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemberian dos penggalak (booster dose) kepada mereka yang telah lengkap divaksin tidak akan membantu mengawal penularan varian Delta,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau sebaliknya menegaskan, keutamaan akan diberikan kepada individu yang belum menerima vaksin COVID-19 berbanding pemberian dos penggalak (booster dose) bagi mereka yang sudah melengkapkan dua dos vaksin.

“Akan tetapi yang dapat mengawal penularan varian Delta adalah untuk memberi vaksin kepada mereka yang belum divaksinkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sebelum ini tumpuan kurang diberikan kepada golongan antivaksin berbanding mereka yang sedia menerima vaksin.

Noor Hisham berkata kerajaan perlu meningkatkan liputan vaksin dalam negara terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan dos penggalak.

“Tiada sesiapa yang selamat sehingga semua orang selamat,” katanya.

Setakat 23 Ogos, 80 peratus penduduk di Lembah Klang telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, manakala 62.3 peratus telah melengkapkan dua dos tersebut, menurut jawatankuasa khas mengenai bekalan vaksin Covid-19.

Data itu berdasarkan bancian tahun 2010 yang tidak mengambil kira pertumbuhan penduduk dalam 11 tahun terakhir termasuk populasi pendatang tanpa izin.

Kerajaan ingin mempercepat kadar vaksinasi di Lembah Klang yang mencatatkan kadar tertinggi penularan COVID-19, berikutan penularan varian delta.

Namun, wabak ini juga semakin memburuk di luar Lembah Klang, di mana kadar vaksinasi masih perlahan.

Sebagai contoh, hanya 37.6 peratus penduduk di Sabah menerima dos pertama vaksin manakala 22.22 peratus telah menerima dos kedua.

Kelantan adalah negeri dengan jumlah penduduk paling rendah yang menerima dos pertama, iaitu 35.1 peratus, manakala 24.4 peratus menerima dos kedua.

Bagi penerima vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, mereka dianggap diberi vaksin penuh setelah menerima dua dos.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat