Pertemuan PM Dan PH: Kerajaan Lihat Pembangkang Sebagai Musuh Politik Sudah Tak Relevan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Paradigma lama di mana parti kerajaan melihat parti pembangkang sebagai musuh politik semata-mata atau sebaliknya perlu dianjak dan diubah.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata, kedua-dua pihak mempunyai peranan masing-masing dan perlu ada kerjasama walaupun pembangkang dan kerajaan tetap akan berlawan antara satu sama lain dalam pilihan raya.

“Cabaran sekarang untuk kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang ialah bagaimana merealisasikan semangat yang dipersetujui dalam kenyataan bersama tersebut.

“Saya cukup yakin bahawa sekiranya kedua-dua pihak mengambil satu langkah ke belakang, kami mempunyai ruang yang cukup besar untuk mencapai satu persefahaman yang akan memberi impak positif jangka panjang kepada negara kita,” katanya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Seremban menegaskan, setiap ahli politik mempunyai tanggungjawab untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem politik negara kita.

“We must provide the leadership and let’s do it together,” seru Anthony.

Ujar beliau, pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng di Putrajaya semalam merupakan satu peristiwa yang bersejarah dalam politik Malaysia.

“Pertemuan ini berpotensi untuk mengubah lanskap dan budaya politik di negara kita sekiranya semangat pertemuan ini disusuli dengan langkah-langkah konkrit untuk membawa reformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan dan memperkasakan institusi Parlimen,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat