Teruskan Berjuang, Ujian Tidak Akan Pernah Tamat -Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar Negeri YB Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn menzahirkan sokongan agar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) meneruskan perjuangan demi memartabatkan agama dan bangsa.

Jasa Pemuda terlalu banyak. Paling bermakna Pemuda juga telah bersama-sama memerdekaan Tanah Melayu dimana ayahandanya sendiri mengetuai pergerakan pemuda ketika, jelas Hisham.

“Allahyarham Tun Hussien Onn adalah sebagai Ketua Pemuda pertama. Salah satu detik bersejarah, mesyuarat setengah tahun Pemuda pada 14 Februari 1951 telah meluluskan ketetapan agar seruan ‘Hidup Melayu‘ digantikan dengan seruan ‘Merdeka‘. kata Hisham.

“Hari ini, sudah 71 tahun usia pemuda sejak ditubuhkan pada 26 Ogos 1949, Pengorbanan Pemuda demi menyatukan orang-orang Melayu juga cukup besar, kata beliau dilaman media sosial facebook-nya.

“Teruskan perjuangan – sokongan dan doa saya sentiasa mengiringi. Hidup Pemuda! kata Hisham lagi.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi sesi 1999-2008 juga berkata, Pengorbanan Pemuda demi menyatukan orang-orang Melayu juga cukup besar dan hari ini selepas lebih tujuh dekad, Pemuda telah melalui pelbagai suka duka dan jerit perih-inilah lumrah perjuangan.

“Ada masanya tenang, ada masanya berperang dan ada masanya perlu berunding serta bertindak mengikut kesesuaian. Ujian tidak akan pernah tamat, ujar beliau.

“Yang penting, Pemuda mesti tabah, bersatu hati, memiliki keseragaman pemikiran dan tindakan bagi mencapai matlamat perjuangan demi agama bangsa dan negara, ujarnya lagi.

Beliau berharap Pemuda dapat meneruskan perjuangan, kerana pemuda merupakan institusi kepimpinan masa hadapan. Bagaimana Pemuda hari ini, begitulah Pemuda dimasa hadapan, katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat