Kementerian Kewangan Dedahkan Senarai Penerima 101 Projek Rundingan Terus

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kewangan Senator Tengku Dato Seri Zafrul Aziz mendedahkan senarai 101 projek yang bernilai RM6.61 bilion yang diperolehi secara rundingan terus ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan selama 22 bulan. Projek rundingan terus tersebut berlaku ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.

Tengku Zafrul merujuk persoalan mengenai persoalan perolehan secara rundingan terus (RT) semasa kerajaan PH lepas.

“Saya telah menjawab di Parlimen pada 24 Ogos 2020 semasa ucapan Penggulungan Undang-Undang Pembiayaan Kerajaan (Covid-19) 2020, bahawa permohonan (RT) dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Kewangan”.

Ini adalah berdasarkan peruntukan sedia ada dibawah Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan 1972) dan pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang berkaitan.

Terdahulu semalam, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk mendedahkan senarai penuh 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

“Kalau nak memastikan konsep telus diamalkan, umumkan sahaja nama penerima-penerima projek tersebut walaupun siapa pun mereka.

“Siarkan nama-nama mereka yang mendapat projek runding terus ni, tapi malangnya Menteri Kewangan tidak menyenaraikan secara terperinci,” katanya.

Senarai penerima projek rundingan terus:-

 

 

 

 

 

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat