523,318 Pelajar Dapat Manfaat, Yuran Semester Kedua IPTA Dikurangkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju mengurangkan kadar yuran asrama dan perkhidmatan universiti awam sehingga 15 peratus bagi meringankan beban kewangan pelajar serta ibu bapa akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman berkata, kadar tersebut dicapai hasil rundingan pihak kementerian dan Kementerian Kewangan (MOF) dengan mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan serta universiti.

Menurutnya, pengurangan yuran bagi Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020 untuk pelajar warganegara itu melibatkan peruntukan sebanyak RM72 juta.

“Seramai 523,318 pelajar universiti awam di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada keputusan ini.

“Pengurangan yuran ini adalah tambahan kepada bantuan lain yang telah diberikan kepada pelajar sebelum ini.

“Antaranya bantuan secara one-of sebanyak RM200, penyediaan makanan di kampus semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penghantaran pulang dan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan lisan Datuk Azizah Datuk Seri Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) mengenai status yuran pengajian semester institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) serta inisiatif berkaitan sistem pembelajaran dalam talian.

Mengulas lanjut Mansor berkata, IPTS turut mempertimbangkan mengenai yuran pelajar namun universiti terbabit diuruskan oleh syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan didaftarkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Akta 777).

Menurutnya, semasa krisis pandemik Covid-19, IPTS amat terkesan akibat penutupan dan ketiadaan pelajar terutamanya pelajar antarabangsa. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat