Jamal pertikai barang peribadi dirampas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mempertikaikan tindakan polis merampas barang peribadi miliknya ketika memberi keterangan berhubung penghantaran memorandum berkaitan kegiatan judi yang diserahkannya kepada polis minggu lalu.

Menurutnya, beliau sekadar memberikan maklumat berkenaan kegiatan judi namun, kini dirinya pula yang disiasat.

“Orang awam memberikan maklumat kepada polis, sepatutnya polis siasat tauke judi. Namun, kini pemberi maklumat pula yang disiasat.

“Bahkan dalam proses memberi keterangan kali kedua hari ini di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, tiga barang peribadi milik saya pula yang dirampas,” katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Jamal memberitahu, telefon bimbit, pendrive dan dokumen memorandum miliknya dirampas pihak berkuasa dalam siasatan siri kedua, hari ini.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang enggan bertemu dengannya berbanding peniaga burger kontroversi, Mohd Asri Hamid,42 atau Asri Janggut.

“Mungkin sebab saya orang politik susah nak jumpa Ketua Polis Negara, Asri Janggut tak terlibat politik.

“Saya harap nanti Ketua Polis Negara memberi peluang untuk saya bertemu mata dengannya bagi memperincikan isu premis judi haram ini,” katanya.

Kelmarin, Jamal dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung memorandum mengenai pendedahan mengenai aktiviti judi haram di Ampang.

Jamal berkata, beliau bersedia membantu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam usaha membanteras aktiviti perjudian haram.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat