Anwar perlu kekal, mungkin boleh lantik Menteri Kewangan 2 – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Posisi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan wajar diteruskan meskipun pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Pun begitu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menerima cadangan agar Kerajaan Persekutuan mewujudkan jawatan Menteri Kewangan 2.

Ditanya sama ada Anwar akan melepaskan jawatan Menteri Kewangan lepas PRN, Nik Nazmi menegaskan keadaan itu tidak perlu berlaku memandangkan negara masih berdepan situasi ekonomi yang mencabar.

“Tak perlu (lepas jawatan Menteri Kewangan) kerana bagi saya kerana buat masa ini situasi ekonomi masih lagi mencabar begitu juga dengan kerajaan ini juga.

“Walaupun kita ada majoriti dua pertiga tetapi ia juga satu perkara agak baru di Malaysia (Kerajaan Perpaduan).

“Atas dasar itu ada beberapa kepentingan dari sudut ekonomi kestabilan yang memerlukan Perdana Menteri ada di sana, tapi mungkin lantik Menteri Kewangan 2,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik petang Selasa.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Menteri Kewangan 2 yang dapat membantu tugasnya sebagai Menteri Kewangan.

Beliau berkata, Menteri Kewangan 2 yang sesuai dan layak dari kalangan teknorat berkaliber ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Kena ada ‘a strong, formidable, convincing Finance Minister’, kerana hampir mustahil Perdana Menteri boleh memikul dwi-fungsi ini dalam tempoh kritikal sekarang.

“Menjadi Menteri Kewangan sangatlah rumit, perlu membuat banyak keputusan penting, menyemak dan menandatangani banyak dokumen setiap hari.

“Malah sebahagian tugasan sulit ini tidak boleh diserahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, apatah lagi Timbalan Menteri bukanlah ahli Mesyuarat Kabinet Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertikaian yang timbul selepas Perdana Menteri menjelaskan, kejatuhan ringgit disebabkan pelbagai faktor antaranya disebabkan kekangan antarabangsa bukan disebabkan ketiadaan Kementerian Kewangan sepenuh masa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat