Amar perlu fokus manisfesto PAS Kelantan bangunkan negeri, ‘liga kita tidak sama’ – Exco Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Exco Komunikasi, Multimedia, Belia&Sukan, Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Fadzli Mohamad Kamal menepelak kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyamakan kemajuan pembangunan Kelantan dengan Pahang.

Tegas Fadzli, ‘liga kita tidak sama’.

Jelas Fadzli, tiada keperluan langsung untuk membandingkan Kelantan dan Pahang.
Sepatutnya Mohd Amar lebih fokus kepada menyampaikan manifesto PAS Kelantan dalam PRN kali ini terutama bagaimana ingin menaiktaraf Kelantan ke ‘Liga Super’ dan bukannya berbangga mengisytihar Kelantan selesai dalam ‘Liga Bawahan’.

Ujarnya lagi, tindakan Datuk Amar bagai ‘menepuk air didulang’ ini amatlah dikesali kerana secara langsung mendedahkan kelemahan pentadbiran sendiri.

“Saya terkilan dengan kenyataan YB Mohd Amar Abdullah kelmarin yang menyamakan kemajuan pembangunan Kelantan dengan Pahang.

“Sebenarnya, tiada keperluan langsung untuk membandingkan Kelantan dan Pahang.
Sepatutnya Mohd Amar lebih fokus kepada menyampaikan manifesto PAS Kelantan dalam PRN kali ini terutama bagaimana ingin menaiktaraf Kelantan ke ‘Liga Super’ dan bukannya berbangga mengisytihar Kelantan selesa dalam ‘Liga Bawahan’.

“Lebih dahsyat lagi, beliau turut mengheret Pahang kononnya turut berada sama di kancah Liga Bawahan itu juga.” kata Fadzli dilaman Facebooknya, pada Selasa.

Fadzli yang juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang membariskan lima percapaian Pahang dalam masa terdekat yang perlu Timbalan Menteri Besar Kelantan itu tahu iaitu:

“Peningkatan kutipan Hasil Pendapatan Negeri Pahang yang konsisten tahun demi tahun, dan telah pun melepasi RM1 billion pada tahun 2022.

“Kejayaan menarik pelaburan bernilai melebihi RM20 bilion pada tahun 2022.

“Pengurangan hutang kerajaan Negeri yang signifikan daripada RM3.31 bilion (sebelum tahun 2018) kepada RM952.21 juta setakat tahun 2022.

“Kejayaan penyaluran bantuan dan program kebajikan kepada rakyat berjumlah RM77.95 juta pada tahun 2022.

“Dan yang terbaru, pada Jun lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyenaraikan Pahang di kedudukan negeri ketiga terbaik di Malaysia atas kejayaan merekodkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 10.8 peratus, iaitu selepas Pulau Pinang (13.1%) dan Selangor (11.9%).” jelas beliau.

Kata Fadzli, statistik pencapaian negeri Pahang ini menceritakan segala-galanya.

Fadzli juga menggesa permainan politik persepsi ini perlu dihentikan.

“Saya tidak boleh membaca niat sebenar Mohd Amar yang dilihat cuba merendahkan kemajuan dicapai Negeri Pahang. Namun statistik pencapaian ini menceritakan segala-galanya.

“Saya berharap agar permainan politik persepsi seperti ini dihentikan.

“Jika tidak tahu menari, janganlah dikatakan lantai jongkang-jongket. Setiap negeri ada keunikan masing-masing. Demografi berbeza, geografi juga berbeza. Menarilah mengikut rentak masing-masing. Di Pahang, kami menari ikut rentak Joget Pahang. Dan paling utama… kedudukan Liga kita tak sama.

“Fokuslah di Kelantan, jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada Isnin menjawab dakwaan pelbagai pihak yang mendakwa Kelantan yang diperintah oleh PAS selama 33 tahun tidak maju kerana kurang pembangunan berbanding KL, Selangor dan Pulau Pinang.

Amar mengakui pembangunan negeri Kelantan ketinggalan berbanding Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Beliau

Kata Amar, jika hendak banding pembangunan, ia perlu dibandingkan dengan negeri lain contohnya, Pahang dan Negeri Sembilan.

“KL, Selangor dan Pulau Pinang kalau kita kata main bola, dia liga berlainan kerana dia ‘liga super’, negeri lain dia ada liga lain.

“Sepatutnya Kelantan ini dibandingkan, contohnya Pahang dan Negeri Sembilan. Kalau kita banding dengan Selangor, KL dan Pulau Pinang semua negeri ketinggalan

“Kita kena faham, KL adalah ibu negara, Selangor pula dekat dengan ibu negara dan Pulau Pinang sudah lama maju. Negeri ini sudah ada kemudahan infrastruktur termasuk pelabuhan, jalan raya yang baik dan lebuh raya,” katanya menerusi siaran langsung diskusi, Kelantan maju 2028.

.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat