Pelan Kerajaan Boleh Dibaca, MP Perlukan Perbahasan Dewan Rakyat Cari Jalan Selesaikan Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa ketidakpuasan hati dengan persidangan Dewan Rakyat mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang disifatkan beliau sebagai tidak perlu malah tidak akan berjaya.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan bahawa ahli-ahli Parlimen tidak perlukan kepada sesi penerangan kerana Pelan Pemulihan Negara itu boleh dibaca namun umum maklumkan perancangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan berjaya malah pandemik Covid-19 semakin memburuk.

“Setiap hari belasan ribu rakyat terjangkit, ratusan meninggal, kerajaan nak biar sampai setiap hari 1,000 orang meninggal baru nak bertindak? Ini tidak ditumpukan.

“Ini adalah majils penerangan dan kita tidak perlu kepada peneranagan kerana kita sudah pun baca pelan kerajaan itu dan kita pun tahu pelan itu tak berjaya,” ucap beliau di Parlimen pada Isnin.

Menurut Dr Mahathir, titah diraja supaya Parlimen bersidang secepat mungkin tentulah kerana setiap hari, setiap jam masalah bertambah tapi kerajaan mengambil masa yang amat panjang dan cuba memperdayakan dunia bahawa mengadakan majlis taklimat di Dewan Rakyat adalah sidang Parlimen.

“Ini adalah satu penipuan lebih-lebih lagi apabila tekanan wabak Covid-19 yang menjadi alasan untuk isytihar darurat tidak dibentangkan di dewan ini untuk dibincang dan dibahas untuk cari jalan untuk mengatasinya.

“Berkenaan dengan Pelan Pemulihan Negara tidak menunjukkan pandangan serius oleh kerajaan berkenaan penderitaan rakyat, sepatutnya keluarkan ‘white paper’ (kertas putih) tak perlu majlis penerangan 5 hari.

“Kita perlukan perbahasan berkenaan penderitaan rakyat tapi ini tak masuk dalam agenda, 5 hari kita dengar penerangan menteri tentang pelan mereka dan pelan mereka sudah tentu tidak berkesan jumlah kes terus meningkat daripada 6,000 kepada 17,000.

“Sampai bila lagi, sebelum kita bincang mengatasi masalah Covid-19 ini tetapi bagi kerajaan cuma penerangan yang tak perlu diadakan melainkan dengan cara mengeluarkan kertas putih,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat