MFL wajib perbetul keputusan zalim, risiko bunuh masa depan bola sepak negara- Dr Afif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) didesak segera memperbetul hukuman yang dikenakan terhadap Selangor FC.

ADUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin menegaskan, hukuman yang dikenakan MFL adalah berat sebelah, tiada empati dan langsung tidak mencerminkan solidariti terhadap seorang pemain bola sepak yang hampir kehilangan nyawa akibat diserang dengan asid.

“Ini adalah malapetaka yang tidak pernah kita dengar dalam sejarah bola sepak profesional negara sebelum ini.

“Apakah ini contoh semangat kesukanan yang ingin ditunjukkan oleh MFL? Apakah nyawa pemain Selangor FC tidak bernilai? Apakah ini kemuncak kepada sikap dan barah buli yang menghantui arena bola sepak negara?

“Apakah Selangor FC satu “ancaman besar”kepada bola sepak negara sehingga disaat pasukan yang kita sayangi ini dilanda musibah dan malapetaka; MFL memilih untuk menghukum dan menzalimi pasukan yang masih lagi terkejut dan resah dengan insiden gasar dan tidak bertamadun yang terjadi ke atas tonggak kami Faisal Halim? soal beliau dalam hantaran di Facebook.

Justeru Dr Afif menggesa supaya MFL memperbetulkan keputusan ini demi menyelamatkan dan menjamin keharmonian dan kelangsungan liga bola sepak negara pada masa depan.

“Jika tindakan zalim ini tidak diperbetulkan, maka saya khuatir, ianya menjadi parut luka yang tidak akan sembuh dan bernanah membusuk sehingga membunuh masa depan bola sepak negara! bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat