BlackRock: Usul terakhir Wan Fayhsal ditolak, kerajaan diingat jangan jadi ‘pekak badak’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendedahkan usul terakhir beliau untuk membahaskan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada GIP milik pro-Zionis BlackRock ditolak sekali lagi oleh Speaker Dewan Rakyat.

Menurut surat penolakan Tan Sri Johari Abdul menyatakan isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen Machang itu telah pun dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam ketika Waktu Pertanyaan Menteri (nombor 1).

“Usul terakhir saya telah ditolak untuk bahaskan penjualan saham MAHB kepada GIP milik pro-Zionis BlackRock.

“Saya sudah tidak boleh hantar usul sebegini lagi.

“Maka kami (pembangkang) akan guna saluran dan cara lain untuk desak kerajaan tangguhkan dulu urus niaga korporat ini,” tegas Ketua Armada Bersatu itu.

Wan Ahmad Fayhsal malah menuntut kerajaan agar menyerahkan dulu perkara ini kepada Kamar Khas untuk dibahaskan dan Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen untuk perbincangan teknikal.

“Jangan jadi pekak badak seperti lembu kekenyangan!

“Kerajaan Madani perlu bermaruah pertahankan aset strategik negara,” seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat