Selangor FC kaji tindakan seterusnya selepas dihukum MFL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran yang bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya susulan hukuman yang dikenakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap kelab itu.

Selangor FC menjelaskan mereka mengambil maklum keputusan MFL mengenai kes Gergasi Merah ‘tidak hadir’ ke perlawanan Piala Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super, 10 Mei lalu.

“Untuk makluman, pihak kelab memohon penangguhan perlawanan itu selepas kes jenayah serangan asid terhadap Faisal Halim pada 5 Mei yang lalu dan beberapa lagi insiden lain yang membabitkan pemain bola sepak tanah air, namun permohonan berkenaan ditolak.

“Oleh itu, pihak kelab sedang meneliti dan mengkaji semua saluran yang bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya kelab itu dalam kenyataan, malam tadi.

Terdahulu, MFL mengenakan empat bentuk hukuman terhadap Selangor FC susulan tindakan pasukan itu ‘tidak hadir’ pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu.

Hukuman yang diputuskan menerusi mesyuarat Lembaga Pengarah MFL itu termasuk denda RM100,000 yang mana wang berkenaan akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

Badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu memaklumkan skuad Gergasi Merah turut dikenakan tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, JDT dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.

Satu lagi hukuman yang dikenakan adalah perlawanan Liga Super musim ini membabitkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga akan dimainkan tanpa penonton.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat