Pencapaian Menteri-Menteri PN 2 Bulan, Lebih Baik Dari Yang 22 Bulan?

- Advertisement -

HARI ini 26 Mei, genap 2 bulan selepas pengumuman dibuat bahawa gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan mereka, akan dipotong selama 2 bulan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Covid-19.

Kira tiada gajilah senang bacanya 2 bulan ini Pak Menteri kita.

Sekalipun tidak dibayar gaji, banyak pencapaian yang telah dicapai. Paling penting sudah tentulah kejayaan melandaikan lengkungan kes Covid-19 di negara kita sehingga jadi buah mulut negara luar.

Menyokong pendapat ini, bila pembangkang sendiri pun hampir tidak ada isu untuk dimainkan menyanggah pencapaian menteri-menteri kerajaan.

Yang ada hanyalah isu seperti air suam, flip flop dalam isu Moratorium, 500 negara – yang mana, tak satu pun menjejaskan apa-apa usaha utama iaitu untuk memerangi wabak Covid-19 di negara kita.

Kot tersasul sebut 500 negara tu, PPE untuk Frontliners berkurang ke? Atau kerana sebut minum air suam, kluster baru wujud ke? Takde.

Kena bodoh macam tu sajalah sesiapa pun yang kata ada kena mengena.

Setakat perasan seronok dapat troll Menteri di socmed sajalah, apa penyudahnya? Kosong. Tak hairanlah sapa pun tak berbunyi apa lagi pasal isu di atas.

Rakyat dah kenal luar dalam pembangkang sekarang, bukan mereka tak pernah jadi kerajaan di peringkat persekutuan. Jadi, tak ambil peduli sangat lah.

Yang penting, hasil kerja YAB Perdana Menteri dan barisan kabinetnya, rakyat boleh nampak, rakyat dapat rasa dan rakyat boleh belanja – walaupun mereka sendiri tak terima gaji 2 bulan ini.

Tengok Menteri Wilayah cukup, selesai masalah gelandangan ini sebahagiannya, siap dapatkan kerja dan sebagainya. Menteri Luar? Bawa balik rakyat yang terkandas, kembalikan pembelian minyak sawit oleh India dah sebagainya.

Moratorium, BPN, subsidi gaji – sekadar menyebut beberapa. Yang betul, semua Menteri ada pencapaian yang boleh disebutkan, cumanya nak sebut semua takut tersilap tulis dan tak cukup ruang.

Beza sangat dengan yang dulu. Walaupun pernah potong gaji sebanyak 10% untuk bayar hutang yang tak pernah wujud angkanya (bank negara sendiri sahkan hutang peninggalan BN tak sebanyak yang mereka dakwa) tapi hasil 22 bulan? Sedikit sangat yang boleh disebutkan banding 2 bulan Menteri sekarang.

Diketawakan banyak lah seperti minta rakyat minum minyak sawit sesudu sehari dan seumpamanya.

Justeru, selamat juga kalau disebutkan disini, Menteri-Menteri PN tidak kejar kedudukan sangat sebab itu kerja ‘deliver’ dengan cemerlang walaupun gaji masuk tabung.

Begitupun, apa yang hak itu, hak jugalah. Dengan hasil kerja yang cemerlang ini, berbaloi kot?

Anda macam mana rasa?

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat