Mat Saleh Kesal Terlepas Pandang Kecekapan Malaysia Tangani Wabak Covid-19

- Advertisement -

Jika anda masih skeptikal terhadap arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin kenyataan daripada ‘mat saleh’ ini boleh memberi justifikasi yang diinginkan.

Dustin Pfundheller, seorang pengembara yang juga bekas doktor gigi, memuat naik video tentang kehebatan Malaysia menangani wabak COVID-19 di akaun Facebooknya pada Sabtu.

Bukan sahaja memuji, malah Pfundheller turut kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran virus berkenaan.

“Malaysia pernah berada di tangga teratas dalam senarai jumlah jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara. Tetapi kini jumlah pesakit semakin menurun.

“Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan virus terus merebak.

“Sayangnya, tiada sesiapa bercakap tentang hal ini. Saya juga rasa bersalah kerana tidak memasukkan Malaysia dalam vlog senarai 15 negara terbaik dalam menangani COVID-19, yang saya muat naik sebelum ini,” kata Pfundheller.

Video itu sudah menerima lebih 600,000 tontonan dan 40,000 perkongsian setakat ini.

Ruangan komen dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID-19.

“Terima kasih, video ini benar-benar menggambarkan perbandingan statistik, kejayaan dan usaha negara kami untuk memerangi COVID-19. Pujian kepada kerajaan dan barisan hadapan,” kata Allfi Syah.

“Terima kasih kerana memaparkan tanah air saya yang sedang berusaha memerangi ‘musuh yang tidak kelihatan’ ini,” tulis Fara Ishak.

“Kami tidak dipandang di peringkat antarabangsa, tetapi tak mengapa kerana yang penting rakyat Malaysia dilindungi dan selamat, kami gembira kerana berjaya melakukan walaupun dalam senyap,” tulis Azwan Zwan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat