Gagal Patuh SOP PKPB, Pasar Raya Di Johor Bahru Diarah Tutup

37 Ditahan, Sambut Hari Jadi Menu Dadah

Seramai 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripadanya warga Indonesia ditahan dalam keadaan lalok dipercayai mengambil dadah ketika meraikan sambutan hari lahir di...

Prestasi Bursa Saham Malaysia Pulih, Antara Terbaik Di ASEAN

KUALA LUMPUR – Indeks penanda aras FBM KLCI muncul sebagai indeks berprestasi terbaik di ASEAN bagi separuh pertama tahun ini. Ia hanya susut sebanyak 5.5%...

SPRM Soal Siasat KM Pulau Pinang Berkaitan Skandal Terowong Dasar Laut

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal berhubung projek terowong dasar...

Imigresen Buru Warga Asing Rayhan Kabir Susulan Kenyataan Burukkan Malaysia

KUALA LUMPU - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) memohon bantuan orang awam menjejaki seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir (foto) bagi membantu...

Pawagam berkonsepkan tonton dalam kereta pertama di Malaysia.

Akibat pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia, syarikat M-Junction telah memperkenalkan pawagam yang berkonsepkan tonton dalam kereta "drive in theatre" yang pertama di Malaysia...

JOHOR BAHRU – Sebuah pasar raya terkemuka di Taman Desa Tebrau diarahkan tutup setelah didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu, yang mengesahkan perkara itu, berkata penutupan tersebut berkuat kuasa mulai 4 petang hari ini sehingga 1 Jun depan.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru bahawa pemantauan yang dibuat pasukan penguat kuasa mendapati pasar raya terbabit tidak dapat mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan.

“Ia umumnya tidak memastikan penjarakkan sosial, tidak memastikan cecair pembasmi kuman digunakan dan tiada kawalan pengunjung di dalam pasar raya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau diminta mengulas gambar notis perintah tutup premis yang dikeluarkan ke atas pasar raya itu hari ini sebelum ia tular di aplikasi WhatsApp.

Menurut notis itu, penutupan adalah untuk menjalankan kerja-kerja mencegah penyakit berjangkit seperti yang termaktub dalam Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri R Vidyananthan, ketika dihubungi, berkata notis tersebut dikeluarkan sebagai memberi peluang kepada pihak pengurusan pasar raya terbabit untuk memperbaiki pelaksanaan SOP mereka.

“Sekiranya mereka (pengurusan) patuh, maka pasar raya itu nanti boleh dibuka semula,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan