2 Juta Permohonan Baru dan Rayuan Bantuan BPN Diluluskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sehingga 29 April 2020, hampir dua juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang melibatkan sejumlah sebanyak RM1.5 bilion telah diluluskan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, dengan kelulusan itu sekurang-kurangnya RM1 billion peruntukan tambahan diperlukan berbanding RM10 bilion peruntukan awal.

Menurut beliau, pembayaran untuk permohonan baharu dan rayuan itu akan dibuat bermula pertengahan bulan Mei ini.

”Bagi Fasa Pertama BPN, pembayaran sebanyak RM5.5 billion telah dibuat kepada 7.78 juta penerima, ini adalah peningkatan daripada 7.74 juta penerima dengan jumlah sebanyak RM5.47 bilion minggu lepas dan juga melibatkan mereka tanpa akaun bank yang telah menunaikan BPN di cawangan Bank Simpanan Nasional.

”Selain itu, mulai 4 Mei, pembayaran Fasa Kedua dibuat secara berperingkat kepada 8.3 juta penerima B40 dan M40 yang diluluskan sebelum ini, bernilai RM3.7 bilion,” katanya ketika mengumumkan Laporan Pelaksanaan Pakej Prihatin di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan lebih 3.5 juta permohonan program i-Lestari sehingga 3 Mei lalu membabitkan bayaran sebanyak RM1.66 bilion.

Bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula semalam hingga 18 Mei ini.

Tambahnya, setakat hujung bulan lalu, KWSP telah melaksanakan pengurangan caruman pekerja daripada 11% kepada 7% dengan nilai dianggarkan sebanyak RM977 juta sebulan.

”Diharapkan jumlah ini dapat sedikit-sebanyak membantu aliran tunai buat ahli-ahli KWSP yang memerlukan,” katanya.

Selain itu, KWSP akan menyambung semula perkhidmatan di cawangan tertentu mulai esok untuk memudahcara urusan oleh ahli-ahli yang memerlukannya.

Temujanji boleh dibuat melalui melalui laman web www.kwsp.gov.my bermula hari ini.

Dalam pada itu, bagi pembayaran sekali beri untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi sebanyak RM200 yang telah bermula minggu lalu, bayaran telah pun dibuat kepada 1 juta pelajar.

Keseluruhan peruntukan dijangka sebanyak RM300 juta sebaik sahaja bayaran disempurnakan menjelang 10 Mei ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat