Keupayaan Makmal Laku Ujian Pengesanan Covid-19 Dipertingkatkan – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Kita mesti menang, sebab itu keupayaan atau kapasiti makmal, fasiliti berkaitan mesti dipertingkatkan,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurutnya, kini jalinan kerjasama antara kementerian dijangka dapat meningkatkan kapasiti keseluruhan makmal untuk melakukan ujian sampel saringan dan pengesanan COVID-19 sehingga 11,000 kes sehari.

Ia membabitkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan di institusi pengajian tinggi, hospital pengajar universiti, termasuk satu makmal bergerak yang boleh dihantar ke kawasan lokasi panas.

Katanya, selain meningkatkan keupayaan kapasiti makmal dalam melakukan ujian saringan COVID-19, penduduk negara ini perlu menjalankan tanggungjawab mereka (patuh PKP) untuk memutuskan rantaian penularan virus tersebut.

“Duduk rumah, jaga kebersihan, penjarakan sosial, hentikan rantaian penularan (break the chain),” katanya ketika yang ditemubual melalui telefon pada program Selamat Pagi Malaysia hari ini.

Pada Khamis lalu, Adham berkata, kerajaan meletakkan sasaran untuk mencapai tahap sifar jangkitan COVID-19 menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki fasa kedua.

Katanya, sasaran tersebut berdasarkan trend jangkitan yang lebih terkawal pada fasa pertama PKP dilaksanakan, sekali gus menunjukkan langkah penguatkuasaan itu mampu menghalang lebih ramai orang awam daripada dijangkiti wabak berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat