Kenapa N Surendran mengelabah? Ramai ke tak tahu berbahasa Melayu? – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen, N Surendran tidak perlu gelabah berhubung cadangan mewajibkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai syarat untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia, bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh.

“Kenapa perlu mengelabah??

”Ramai ke yang tak boleh berbahasa Melayu?’ Soal Akmal menerusi Facebooknya, sebentar tadi.

Soal Akmal lagi, apakah selama ini mereka yang memohon kerakyatan warganegara Malaysia mengangap Bahasa Melayu boleh diperlekehkan.

“Ke selama ni puak-puak ni anggap bahasa melayu bahasa yang boleh diperlekehkan?

“Tolong hantar dia ke Thailand dan tengok ada x warganegara Thailand yang tak boleh cakap thai.

“Malu lah machaaa..,” katanya.

Terdahulu, Surendran menyifatkan cadangan Akmal itu sebagai “tidak logik”.

Menurut Surendran, kewarganegaraan Malaysia ditentukan pada masa kelahiran dan bergantung kepada kewarganegaraan ibu bapa.

Peguam itu turut menyarankan Akmal yang merupakan seorang doktor perubatan membaca Perlembagaan Persekutuan bagi mengasah pengetahuan mengenai kewarganegaraan.

Dalam nada sarkastik, Surendran, yang menyiarkan komennya di laman X petang semalam, bertanya: “Jadi bila nak buat ujian BM? Masa baru lahir di wad bersalin? Lepas potong tali pusat?”

Siang tadi, media melaporkan Pemuda UMNO menggesa agar pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang boleh membawa satu usul ke persidangan Parlimen untuk mengubal undang-undang agar antara syarat wajib untuk diiktiraf sebagai warganegara Malaysia mestilah wajib untuk bertutur di dalam bahasa Melayu.

“Jika warga Bangladesh yang datang ke Malaysia boleh bertutur di dalam bahasa Melayu,apa ertinya kita yang mengaku warganegara tetapi masih tidak mampu bertutur dalam bahasa Melayu,” bidas Exco Melaka itu.

Tegas Akmal, Pemuda Umno akan menggunakan pelbagai saluran untuk memastikan usul ini dapat dibawa seterusnya dijadikan satu undang-undang di dalam negara kita ini.

Baru-baru ini Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang sedang menyiasat dakwaan bahawa kakitangannya enggan memperbaharui pasport seorang wanita warga tempatan yang tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu.

Dakwaan berkenaan tular di media sosial Facebook sejak Sabtu lalu, menerusi hantaran lelaki yang dipercayai anak kepada wanita terbabit, selepas mereka mendapatkan perkhidmatan itu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Menerusi hantaran berkenaan, lelaki terbabit mendakwa membawa ibu dan bapanya ke kaunter JIM itu bagi urusan pembaharuan pasport namun urusan bapanya tidak mempunyai masalah.

Bagaimanapun, kakitangan JIM di kaunter terbabit enggan memperbaharui dokumen ibunya berikutan hanya tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu.

Lelaki berkenaan turut menerangkan bahawa ibunya tidak tahu bertutur dalam bahasa bahasa Melayu kerana tidak mempunyai wang bagi mendapatkan pendidikan namun kakitangan terbabit bertegas meminta ibunya datang semula pada hari lain bagi berjumpa dengan pegawai.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat