Kalau keadaan mencemaskan, kerajaan akan bawa pulang rakyat di Iran – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan akan membawa pulang rakyat Malaysia di Iran sekiranya situasi geopolitik negara itu kian mencemaskan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Putrajaya akan mempertimbangkan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Iran susulan ketegangan yang tercetus antara negara itu dengan Israel.

“Tadi (saya) adakan mesyuarat, petang ini akan bincang dengan Kementerian Luar, kalau keadaan mencemaskan bagi rakyat kita akan bawa keluar,” katanya.

Israel dilapor melancarkan serangan peluru berpandu ke bandar Isfahan, yang terletak di wilayah Iran.

Tindakan itu sebagai tindak balas serangan dron dilancarkan Iran susulan tindakan Israel menyerang kedutaan Iran di Syria.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat