Tak Patut Guru Jadikan Jenayah Rogol Bahan Lawak Kepada Pelajar – Mahdzir Khalid

CYBERJAYA – Tidak wajar dan tidak sepatutnya seorang guru menjadikan jenayah rogol sebagai lawak jenaka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap guru terbabit jika terbukti dakwaan itu betul.

“Tindakan seorang guru lelaki di Selangor yang didakwa membuat lawak rogol ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, disifatkan sebagai tidak profesional dan memalukan institusi keguruan di negara ini.

“Kejadian itu tidak boleh dianggap terpencil dan Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM, perlu mengambil tindakan tegas ke atas guru terbabit jika terbukti perkara itu berlaku.

“Sebagai bekas Pengetua sekolah dan juga bekas Menteri Pendidikan, saya merasakan perkara itu memalukan institusi keguruan di negara ini.

“Dalam apa jua situasi sekalipun, perkara itu tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan untuk berlawak kerana rogol itu sendiri adalah perbuatan jenayah yang sama sekali tidak wajar dipromosikan lebih-lebih lagi oleh seorang bernama guru,” ujarnya, menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap menegaskan, jenayah rogol sepatutnya digunakan oleh seorang guru untuk mendidik anak muridnya menjauhi perbuatan itu dan bukannya dijadikan sebagai bahan satira atau jenaka.

“Bagi saya, ini juga berkaitan dengan akhlak seorang guru. Kita bukan nak mengambil pendekatan menghukum akhlak keseluruhan guru-guru di Malaysia, tetapi kesedaran mengenai batasan percakapan itu perlu ada dalam diri setiap guru agar semua anak murid di dalam kelas tidak merasa terganggu emosi mereka dengan akhlak dan perlakuan guru mereka. Ini bagi saya amat penting untuk kita faham,” tegasnya.

Justeru itu, beliau menggesa KPM segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut garis panduan peraturan dan sebagainya.

Jumaat lalu, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Kuala Selangor mendakwa, seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika dalam kelas sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial.

Menurut pelajar berkenaan, guru terbabit bercakap mengenai jenayah rogol itu ketika membincangkan tentang gangguan seksual semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolahnya.

Pelajar berkenaan mendedahkan perkara itu menerusi satu klip video di platform media sosial TikTok, yang kemudiannya diciap di Twitter.

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Benar Kata Zuraida, DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Cuba Mengajar UMNO.

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Hari ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyelar kenyataan Pengerusi DAP Johor, YB...

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...