Sekatan Sementara Penerbangan Keluar Masuk Dari India Bermula 28 April Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan sekatan sementara penerbangan keluar masuk dari India ke negara ini bermula 28 April bagi mencegah kemasukan varian baharu COVID-19 dari negara terbabit.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengembara yang memulakan perjalanan dari mana-mana destinasi di India sama ada menaiki penerbangan secara terus atau transit untuk ke Malaysia adalah dilarang memasuki negara ini.

“Larangan ini turut terpakai bagi penumpang yang transit di Malaysia untuk ke negara ketiga, bagaimanapun pengecualian hanya akan diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja.

“Kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari India dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan prosedur signoff di Malaysia kecuali kru warganegara Malaysia yang wajib menjalani perintah kuarantin 14 hari,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sekatan sementara juga dilakukan terhadap pekerja asing dari negara itu yang memegang pas lawatan kerja sementara (PLKS) masih sah laku, serta penuntut antarabangsa warganegara India dan pelawat perniagaan antarabangsa.

Ismail Sabri berkata warga Malaysia termasuk pelajar dan pekerja serta pasangan dan anak kepada warganegara Malaysia yang tinggal di India, serta kumpulan keagamaan yang berada di negara itu dibenarkan memasuki Malaysia dengan prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat