Kapal Selam Nanggala 402: Video Viral Kru Nyanyi ‘Sampai Jumpa’ Buat Netizen Sebak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Sebuah video berdurasi 22 saat yang memaparkan kru kapal selam KRI Nanggala 402 kini tular di media sosial.

Dalam video berkenaan, sembilan anggota kru kapal selam malang terbabit dilihat menyanyikan lagu bertajuk ‘Sampai Jumpa’.

Video berkenaan dikongsikan oleh penyanyi asal lagu itu, Erix Soekamti dalam laman Instagramnya pada awal pagi Ahad.

Menerusi video yang tular di Indonesia itu, jelas kelihatan seorang kru sedang bermain gitar, sementara anggota yang lain menyanyikan lirik lagu ‘Sampai Jumpa’ di dalam sebuah ruang yang dipercayai kapal selam KRI Nanggala 402.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dalam sidang medianya mengesahkan kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 telah meninggal dunia.

Jelasnya, pengumuman itu dibuat selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut.

Sebelum itu, pada 3.46 pagi Rabu (21 April 2021), KRI Nanggala melaksanakan penyelaman, kemudian pada 4 pagi bersiap sedia untuk melakukan penembakan torpedo.

Bagaimanapun, pada 4.25 pagi selepas arahan kebenaran penembakan diberikan, komunikasi dengan Nanggala telah terputus di perairan Bali.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat