Dua Rakan Maut Dipanah Petir

TEMERLOH: Aktiviti lima rakan memancing ikan bertukar tragedi selepas dua daripada mereka maut dipanah petir ketika berada di Kolam Ikan Empang Kampung Cempaka, Lanchang pada petang Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa, Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20 dari Kampung Rantau Panjang, di sini dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim, 27, dari Jalan Setia, Lanchang meninggal dunia akibat kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4 petang daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan (KK) Lanchang.

Menurutnya, mangsa bersama tiga lagi rakannya berusia antara 22 hingga 47 tahun pergi ke kolam memancing tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Sebelum kejadian, dua mangsa terbabit dikatakan berteduh di bawah pokok di tepi kolam itu ketika hujan lebat disusuli dengan petir.

“Seorang rakan mereka pula balik ke rumah untuk mengambil telefon bimbit yang tertinggal,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Ujarnya lagi, dua lagi rakan mengambil joran untuk pulang sebelum melihat kedua-dua mangsa rebah dan dipercayai pengsan.

“Mereka terus membawa mangsa ke KK Lanchang namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan

“Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk dibedah siasat,” katanya lagi.

– Astro Awani

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Khamis Ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis 13 Mei, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri...