Desak Kerajaan China mohon maaf, gesaan paling dungu kata Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pembela KK Mart disifatkan seolah-olah dungu dan mati akal serta adalah tidak wajar menghalang hak orang lain untuk meneruskan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi berkata, cadangan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau supaya Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mendesak Kerajaan China mohon maaf adalah gesaan paling dungu.

“Selain Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau ada pula kumpulan 40 individu kononnya wakil suara awam menyelar tindakan boikot Kedai KK Mart.

“Baru mereka tahu kuasa pengguna orang Islam. Kesannya cukup berat. Sebab itu isu stoking pamer kalimah Allah cuba dialih pada isu ekonomi.

“Tetapi cadangan MP Tuaran agar Dr Akmal desak Kerajaan China minta maaf lagi dungu. Dia macam mati akal untuk membela KK Mart,” bidas Puad.

Kata ADUN Rengit itu, antara naratif kluster pembela KK Mart ini ialah syarikat itu akan didakwa dan didenda.

“Mereka minta maaf. Kenapa mesti diboikot?

“Rakyat bukan naif. Bab syarikat disaman dan didenda berulang kali bukan perkara baru. Mereka sanggup bayar denda yang mahal. Tetapi mereka akan terus berniaga dan melanggar peraturan berulang kali.

“Sebab itu rumah urut, pub, kelab malam tidak kesah didenda banyak kali dengan denda tinggi. Mereka tidak serik dan akan buat lagi.
Mereka hanya tutup kedai jika pelanggan lari dan boikot,” katanya.

Sebab itu boikot KK Mart adalah pengajaran besar, ujar Puad.

“40 individu konon mewakili suara awam berhak membela KK Mart. Silakan.

“Tetapi jangan halang hak orang lain yang mahu memboikot.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau menyelar reaksi tidak seimbang Dr Akmal Saleh mendepani kontroversi stoking tertera kalimah Allah, sambil menyindir supaya ketua Pemuda Umno itu menuntut permohonan maaf daripada China.

Mengulas kempen Akmal berhubung gesaan boikot KK Mart di seluruh negara, Tangau berkata ADUN Merlimau itu sepatutnya mendesak duta China ke Malaysia dipanggil berkait kontroversi berkenaan.

Sambil menyeru kepada tindakan lebih seimbang, bekas presiden Upko berkata penarikan pantas produk itu oleh KK Mart perlu diambil kira, disusuli permohonan maaf.

“Kenapa kecuaian mereka dianggap sebagai berniat jahat? Kenapa menuntut atau mengarahkan kedua-dua (KK Mart dan pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd) menutup operasi?

“Jika tindakan tidak seimbang ini diwajarkan atas nama agama, justeru Akmal mesti menuntut permohonan maaf daripada China kerana membenarkan pengeluar di Yiwu, Zhejiang, mengeluarkan stoking terbabit.

“Akmal sepatutnya memberi tekanan kepada Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan, yang juga timbalan presiden partinya memanggil duta China bagi menjelaskan dan memboikot China jika Malaysia tidak mendapat jawapan memuaskan,” katanya.

Katanya, rakyat yang waras sudah pasti menjangka menteri luar negeri tidak akan melakukan tindakan tidak seimbang terhadap China, di mana negara itu merupakan rakan dagang utama.

Tangau berkata, tindakan “pemburuan” terhadap KK Mart boleh merosakkan ekonomi dengan menghalang pelabur ke Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat