MyStartup bantu tingkat potensi perniagaan di Sabah — Arthur

- Advertisement -

KOTA KINABALU — MYStartup akan terus memperkasakan startup di Sabah dan membantu mengatasi cabaran dalam meningkatkan modal, pembinaan bakat baharu serta kekangan infrastruktur.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata beliau yakin landskap startup di Sabah akan terus berkembang dan menjadi penggerak bagi pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial negara.

“MYStartup NXT juga memberi peluang kepada pakar industri dan pengasas-pengasas
tempatan untuk berkongsi perjalanan pernigaan mereka serta cara-cara untuk mengubah idea menjadi realiti.

“Di MOSTI, kami akan terus berusaha untuk memastikan Malaysia mampu mencapai
potensi penuh dalam menjadi hab inovasi, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

MYStartup NXT, siri persidangan mikro oleh MYStartup telah melabuhkan tirai bagi tahun 2023 dengan persinggahan keempat di Kota Kinabalu, Sabah selepas menjayakan beberapa siri dengan melibatkan startup di Cyberjaya, Kuching dan Pulau Pinang.

Program MYStartup NXT yang dijalankan oleh Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle), iaitu agensi focal point bagi startup Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dah Inovasi (MOSTI) ini bertujuan untuk memupuk sebuah ekosistem negara yang inklusif, berkesan dan mampan.

Persinggahan di Kota Kinabalu yang dijalankan bersama Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC) ini telah menarik lebih daripada 250 peserta.

Melalui sesi Venture Connect juga, MYStartup telah membantu menghubungkan lebih
daripada 100 pengasas dengan pelabur tempatan dan serantau, termasuk Malaysia
Venture Capital Management (MAVCAP), Vertex, Malaysian Business Angel Network
(MBAN), Khazanah Nasional dan lain-lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat