Politik penyebab masalah struktur ekonomi – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara berdepan masalah struktur ekonomi serius, tetapi kerajaan sukar melaksanakan reformasi struktural kerana berdepan tekanan politik.

Beliau memberi contoh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mendapat tentangan pembangkang ketika itu, yang turut menyebabkan Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU14.

“Politik ekonomi satu perkara yang amat sukar kerana perlu mengimbangi antara keperluan perniagaan dan rakyat.

“Ia juga menjadi satu modal yang ‘enak’ untuk kempen politik dengan menggambarkan rakyat akan menjadi mangsa,” katanya dalam rencana diterbitkan Utusan Malaysia.

Bekas naib presiden Umno itu berkata, pakar ekonomi meramalkan dunia akan berdepan pertumbuhan ekonomi perlahan, inflasi dan kadar pengangguran tinggi.

Justeru, katanya, negara memerlukan pelan jangka pendek bagi menghadapi cabaran itu, antaranya meningkatkan perbelanjaan bagi merangsang sektor domestik dan melaksanakan lebih banyak projek kecil.

Ismail berkata, pemberian bantuan tunai dapat merangsang ekonomi di peringkat akar umbi dan mengurangkan beban rakyat.
Katanya, kerajaan perlu mencari kaedah meningkat pendapatannya kerana semua langkah itu memerlukan dana besar.

Beliau menyarankan kerajaan mempermudah dan mempercepatkan pelaburan langsung domestik (DDI) yang menyumbang 52.2% atau RM69.3 bilion daripada jumlah pelaburan diluluskan, dipacu pelaburan dalam sektor perkhidmatan, khasnya hartanah dan sektor utama.

“Kemerosotan eksport juga perlu ditangani segera. Kita harus meneroka peluang baharu dan tidak tertumpu kepada pasaran tradisional,” katanya.

Tamvahnya, kebanyakkan pasaran tradisional diteroka melalui perjanjian multilateral seperti Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Beliau berkata, perjanjian bilateral perlu diperbanyakkan kerana ia mempercepatkan perdagangan dua hala antara negara yang secara tidak langsung akan membantu meningkatkan lagi eksport ketika dunia berdepan kitaran teknologi lemah.

“Dalam keadaan yang kian mendesak kini, naratif ekonomi berkembang positif berdasarkan petunjuk-petunjuk tertentu tidak sesuai untuk rakyat keseluruhannya.

“Petunjuk yang paling penting ialah tahap kebahagiaan rakyat yang dapat menikmati kemanisan daripada pertumbuhan ekonomi negara.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat