Dr Madinah dilantik Ketua Audit Negara kerana prestasi baik sebagai KSU di MOE

KUALA LUMPUR – Prestasi baik Tan Sri Dr Madinah Mohamad ketika menjadi Ketua Setiausaha dalam Kementerian Pendidikan adalah sebab Perdana Menteri tahun 2017, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau untuk menjadi Ketua Audit Negara bukan atas sebab lain.

Dalam satu forum Musyawarah Nasional di ibu negara hari ini, Dr Madinah mendedahkan apa yang diberitahu oleh Najib kepada beliau berkaitan sebab beliau dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Audit Negara dari 2017 hingga 2019.

Beliau berkata semasa masih baru dilantik sebagai Ketua Audit Negara, beliau ada bertemu dengan Najib atas beberapa perkara yang akan beliau masukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk pembentangan di Parlimen.

“Selepas saya beri taklimat kepada Datuk Seri, dia tanya saya “How are you doing?,

“Saya jawab… “I am fine sir, except I am not happy about something,” dia tanya saya.. Apa dia?

“Saya kata, masa saya dilantik viral gambar saya dengan arwah suami dan ada anak panah bertulis inilah sebab mengapa dia (Dr Madinah) dilantik sebagai Ketua Audit Negara,” katanya dalam forum berkenaan.

Beliau berkata ada pihak ambil gambar arwah suami yang berucap dalam mesyuarat agung tahunan UMNO Bahagian Kepong dan semasa itu arwah suami beliau berucap berapi-api mempertahankan Najib.

Dr Madinah berkata, Najib kemudian menjawab itu bukanlah sebab beliau dilantik memegang jawatan Ketua Audit Negara.

“The only reason I gave your name to Tuanku Agong was because you were the KSU of the largest most complex ministry (Kementerian Pendidikan) and you did very well.. Itu yang Datuk Seri Najib beritahu saya,” kata Dr Madinah.

Menurut beliau, nama beliau diberikan kepada Najib untuk pelantikan oleh bekas Ketua Audit Negara sebelum itu iaitu Tan Sri Ambrin Buang.

Dr Madinah memaklumkan Najib berkata jika lantikan itu dibuat kerana suami beliau, suami beliau ialah liabiliti kerana UMNO Bahagian Kepong tidak boleh memberi apa-apa faedah politik kepada Najib.

“Kalau kerana husband you, dia liabiliti kerana UMNO Kepong tidak boleh bagi saya apa-apa undi pun… dan dia (Najib) gelak… Dia kata husband saya liabiliti,” katanya.

Dr Madinah dalam forum hari ini yang bertajuk “Realiti dan Persepsi : Jangan Mempolitikkan Tabung Haji”, beliau membuat kenyataan berkenaan berkaitan Najib untuk menjelaskan kepada orang ramai apa sebenarnya berlaku dalam pelantikan beliau sebagai Ketua Audit Negara.

Pada masa itu, ada pihak yang mengaitkan suami beliau sebagai penyokong kuat Najib membuatkan beliau dilantik memegang jawatan penting negara itu.

Dr Madinah berkata, perkara itu amat penting untuk dijelaskan dahulu sebelum beliau menyambung ucapan beliau tentang isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji selepas itu.

Turut hadir ialah Pengasas Musyawarah Nasional iaitu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat