BN-PH gabungan terbaik selamatkan Malaysia ketika ini – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gabungan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menerusi Kerajaan Perpaduan adalah kaedah terbaik menyelamatkan Malaysia ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal itu kerana pihak pembangkang menarik sokongan rakyat menggunakan kaedah ektremis dengan memainkan isu kaum dan agama.

Menurut beliau, perkara itu tidak ubah seperti gerakan-gerakan fasisme yang banyak berlaku dalam suasana politik negara barat seperti Amerika Syarikat (AS).

“Walaupun tidak sama sepenuhnya, namun kerajaan berdepan cabaran dan asakan berlandaskan fitnah dan kecaman, pertarungan ini lebih rumah daripada biasa kerana hasutan mereka membangkitkan emosi, sikap prasangka serta kebencian dan bukan sebaliknya menggunakan pertimbangan rasional.

“Perkara ini bukan asing di dunia khususnya di benua Eropah, kebangkitan neo nazi dan fasisme yang menyebabkan segerombolan kalangan muda membenci kaum minoriti, orang asing dan agama lain.

“Jadi jawapannya adalah dengan menggunakan landasan kebijaksanaan dan pertimbangan waras bagi memahami semangat Malaysia tulen. Jadi dengan aspek progresif PH serta pengalaman pentadbiran BN, gabungan ini adalah wadah terbaik selamatkan Malaysia sekarang,” katanya lapor Kosmo! pada Jumaat.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Malaysia Bersama Pimpinan Kerajaan Perpaduan Negeri Johor, di Iskandar Puteri.

Dalam pada itu, Anwar yang juga merupakan Pengerusi PH turut memberitahu, pentadbirannya komited memastikan hak masyarakat Melayu dan Bumiputera sebagai golongan majoriti di negara ini kekal terjamin

“Tiada sesiapa boleh pertikai negara ini dan mereka terima kehadiran Melayu dan Bumiputera sebagai majoriti. Sebab itu bahasa, agama dan hak istimewa Melayu dalam kerajaan perpaduan jelas dan tidak akan dimungkiri.

“Jangan ada kekhuatiran dalam soal itu, kita terima pakai prinsip dalam perlembagaan dan tidak sama sekali meremehkan, merendahkan atau hina malah santuni dan anggap semua kaum dan agama di Malaysia sebagai satu pasukan keluarga untuk selamatkan Malaysia,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat