TNB catat keuntungan bersih RM327.9 juta suku kedua tahun ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatat keuntungan bersih lebih rendah kepada RM327.9 juta dalam suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023, daripada RM872.2 juta bagi tempoh sama tahun lalu berikutan penurunan keuntungan operasinya.

Perolehan hasil syarikat utiliti nasional itu bagaimanapun meningkat kepada RM13.32 bilion daripada RM12.84 bilion, didorong oleh peningkatan jualan tenaga elektrik, kata TNB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Keuntungan operasi TNB dalam suku kedua itu susut sebanyak 21 peratus tahun ke tahun berikutan mekanisme pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) lebih rendah dalam suku semasa sebanyak 33.8 peratus.

“Ini diimbangi oleh perbelanjaan operasi sebanyak RM28.8 bilion daripada RM30.15 bilion, susut sebanyak 4.4 peratus yang kebanyakannya disebabkan oleh kos penjanaan yang lebih rendah,” katanya.

Selain itu, pendapatan asas sesaham (EPS) bagi suku kedua 2023 berkurangan kepada 5.70 sen daripada 15.23 sen bagi tempoh sama pada 2022.

Menurut TNB, bagi tempoh separuh pertama berakhir pada 30 Jun, 2023, keuntungan bersih berkurangan kepada RM1.33 bilion daripada RM1.77 bilion dalam tempoh sama 2022 manakala hasil meningkat kepada RM25.95 bilion daripada RM24.99 bilion, sebelum ini.

Asas EPS dalam separuh pertama 2023 turun kepada 23.11 sen berbanding 30.83 sen dalam separuh pertama 2022.

Menyentuh prospek, TNB berkata penyusutan harga arang batu global telah memberi kesan dari segi pengurangan tekanan terhadap kedudukan aliran tunai kumpulan itu.

Aspek itu selain kadar kutipan yang lebih kukuh, turut menyumbang kepada pergerakan akaun belum terima dan kedudukan modal kerja lebih mantap.

“Sejajar dengan ekonomi secara menyeluruh yang diunjur berkembang lebih menyederhana dalam julat 4.0-5.0 peratus, kumpulan menjangkakan prestasi lebih munasabah bagi 2023 dan akan terus berhati-hati terhadap pendedahan pendapatan membabitkan harga bahan api serta mata wang yang tidak menentu.

“(Berikutan itu) kumpulan akan terus melaksanakan langkah berhemat dalam pengurusan keperluan operasi dan kewangan dalam usaha memastikan TNB terus berdaya tahan,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat