Umno, PH akan terbalik di Johor – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor menyifatkan Johor bukan lagi kubu kuat UMNO, Umno, sebaliknya memberi bayangan parti berusia lebih tujuh dekad itu akan terkubur disebabkan gelombang Perikatan Nasional (PN) yang semakin melebar.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, gelombang PN yang melanda enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu itu tidak lagi boleh disekat, sekali gus akan memberi kemenangan kepada pada gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

“Dahulu Johor memang kubu kuat Umno, tetapi sekarang tidak lagi kerana semua boleh berubah.

“Parti-parti di negara luar yang ‘kuku besi’ macam di Jerman Barat dan parti Liberal Demokratic Parti (LDP) Jepun pun boleh terbalik, ini pula di sini (Malaysia).

“Sudah sampai masanya (untuk ubah). Umno, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan terbalik dengan gelombang PN di Johor nanti….’no more’ (tiada lagi) kubu kuat, di sana dilahirkan (Umno), di sana juga kuburnya,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) di perkarangan Stadium Darul Aman di Alor Setar, pada Jumaat.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata dakwaan gelombang PN bakal melanda Johor susulan PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram itu bagai bermimpi di siang hari.

Beliau berkata, PN yang membabitkan Bersatu, PAS dan Gerakan tiada kekuatan di negeri itu, sebaliknya kekuatan PN di Johor hanya berkisar di bahagian utara iaitu Pagoh menerusi Ahli Parlimennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain Parlimen Mersing.

Nur Jazlan turut menyifatkan cakap Sanusi juga tidak laku di Johor kerana penduduknya sederhana dan tidak ekstrim dengan isu agama dan kaum yang dibawakan PN.

Mengulas lanjut, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, beliau lebih laku berbanding Nur Jazlan kerana Umno tidak bertanding di dua kawasan itu.

“Cakap Nur Jazlan pun tak laku…bertanding (pun) tak boleh, (apabila) lawan Umno kalah.

“Dia (Nur Jazlan) yang tak laku, melayang merata…berbanding dia dengan saya, saya laku lagi,” katanya.

Sanusi berkata, DUN Simpang Jeram akan menjadi pintu masuk serta pencetus kepada gelombang PN sebelum bertapak di Johor pada pilihan raya akan datang.

“Sambutan luar biasa terhadap PN, gelombang ini tidak boleh disekat lagi dan semua tahu bahawa mana-mana yang ‘berpakat’ dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kalah,” katanya.

Ditanya mengenai isu yang akan dibawa untuk menarik pengundi di dua kawasan itu, Muhammad Sanusi berkata beliau tidak akan mendedahkannya kerana perkara itu hanya akan diumumkan di sana.

Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat di Parlimen Pulai, manakala PN menamakan Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai, Zulkifli Jaafar.

Di DUN Simpang Jeram pula, Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman akan bertemu Pakar bedah endovaskular, Dr Mohd Mazri Yahya yang dinamakan sebagai calon atas tiket PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat