Bawa Sejadah Sendiri Ke Masjid, Dah Tak Lagi Wajib – DS Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini bersetuju untuk tidak lagi mewajibkan individu yang ingin menunaikan solat berjemaah di masjid membawa sejadah sendiri, kata kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun begitu, beliau berkata penggunaan sejadah sendiri adalah digalakkan dan pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.

Ismail Sabri berkata kelonggaran itu berkuat kuasa hari ini dan mengambil kira keluhan individu yang tidak dibenarkan masuk untuk solat berjemaah di masjid gara-gara terlupa untuk membawa sejadah.

“Saya ingin berterima kasih kepada imam dan jawatankuasa masjid kerana tegas dalam memastikan SOP (prosedur operasi standard) dipatuhi sepenuhnya,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata jawatankuasa masjid dibenarkan menjual pelitup separuh muka tiga lapis kepada jemaah yang terlupa memakai pelitup separuh muka dengan harga yang ditetapkan kerajaan.

Masjid juga boleh menyediakan pelapik kertas pakai buang untuk menggantikan sejadah, katanya.

Selain itu Ismail Sabri berkata mesyuarat khas itu juga bersetuju untuk membenarkan warganegara asing menunaikan solat secara berjemaah di masjid bermula 1 Sept ini.

Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi SOP ditetapkan termasuk mendaftar sebelum dibenarkan masuk ke dalam masjid.

“Manakala kebenaran adalah tertakluk kepada pihak masjid yang perlu mengikut kapasiti dibenarkan dan mematuhi penjarakan fizikal,”katanya.

Sementara itu, kerajaan juga meluluskan SOP proses “sign-on” dan “sign-off” pekerja pelantar minyak dan gas.

Bagi proses “sign-on” untuk warganegara Malaysia, mereka diwajibkan menjalani ‘ujian swab’ sebelum ke pelantar minyak. Bagaimanapun, bagi pekerja bukan warganegara mereka perlu menjalani ujian saringan serta dikuarantin wajib 14 hari sebelum ke pelantar minyak.

Bagi proses “sign-off” iaitu dari pelantar minyak ke darat pula, rakyat Malaysia dan bukan warganegara hanya perlu menjalani ujian saringan dan tidak perlu menjalani kuarantin wajib.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan bersetuju membenarkan pasangan serta anak yang bukan warganegara dan tidak mempunyai Pas Jangka Masa Panjang untuk memasuki Malaysia.

“Namun begitu, mereka diwajibkan untuk memohon Pas Jangka Masa Panjang setibanya di Malaysia. Bagi Penduduk Tetap, mereka dibenarkan masuk tanpa perlu membuat permohonan awal,”katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan juga bersetuju membenarkan rakyat Malaysia untuk ke luar negara bagi kes-kes kecemasan yang melibatkan ahli keluarga seperti ahli keluarga sakit dan sebagainya.

Bagaimanapun mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia, katanya.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Ezlynn ada dipanggil SPRM

Kuala Lumpur: Penyanyi Ezlynn, 39, mengesahkan dia ada dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di...

Berita Berkaitan

Kerajaan Lulus Pindaan Akta Benarkan Dana KWAN Untuk Perolehan Vaksin

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan pindaan ke atas Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 1988 (Akta 339), yang membolehkan dana daripada kumpulan itu...

Semua Daerah Di Kelantan Kini Di Bawah PKP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Semua jajahan (daerah) di Kelantan akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah tiga lagi jajahan/daerah iaitu Jeli, Kuala Krai...

2,340 Jangkitan Baru Covid, 11 Kes Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,340 kes baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, tidak banyak perubahan berbanding 2,341 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif...