PPBM Ambil Tindakan Jika Kumpulan Mahathir Guna Logo Parti Tanding PRK Slim

- Advertisement -

LARUT – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM/Bersatu) akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya logo parti itu digunakan oleh kumpulan penyokong bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim bulan depan.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mereka yang mahu menggunakan logo parti itu perlu mendapatkan kebenaran daripada pucuk pimpinan parti.

“Kalau tak ada kebenaran menggunakan logo parti mereka tak boleh gunakan,” kata Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas majlis bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Larut, Matang dan Selama, di sini hari ini.

Semalam, bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, pihaknya akan meletakkan calon bertanding pada PRK itu berikutan Pakatan Harapan (PH) memaklumkan tidak akan berbuat demikian.

PRK Dewan Undangan Negeri Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini selepas penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59 meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, Mohd Khusairi yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR Mohd Amran Ibrahim, dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat