Rakyat Sabah Rindukan UMNO/BN, Kata Zahid

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat Sabah rindukan pentadbiran parti itu.

Zahid berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan bersama ketua-ketua UMNO Bahagian Sabah, malam ini.

“Rakyat Sabah rindukan UMNO dan BN. UMNO Sabah terus diperkukuhkan. Terima kasih Ketua UMNO Bahagian-Bahagian Sabah yang bersama saya malam ini,” tulisnya melalui laman Facebook sebentar tadi.

Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Sumber terdekat UMNO Sabah mendedahkan, kenyataan Zahid itu sebagai petunjuk parti itu akan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam masa terdekat.

Terdahulu sumber yang sama berkata, kehadiran Zahid itu bertujuan untuk membincangkan mengenai proses peralihan kuasa.

“Insyallah dalam masa terdekat. Sedang bincang, harap bersabar,” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Awal pagi tadi Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Afdal membidas tindakan orang tertentu yang dikatakan sedang memujuk beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk melompat.

Shafie turut menggesa agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

“Saya mahu siasatan secara menyeluruh dilakukan terhadap tindakan pihak tertentu yang mengganggu gugat ketenteraman Adun kerajaan Sabah.

“Laporan polis juga telah dibuat dan diharap siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti siapa yang menghantar, menyuruh mereka untuk mendesak serta mengugut wakil rakyat kerajaan,” katanya.

Terdahulu Dr Jeffrey berkata Warisan mengunakan drone bagi mengintip pergerakan Adun mereka agar tidak meninggalkan parti itu.

Menurut DR Jeffrey tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan ada di kalangan Adun yang melompat sekaligus menyebabkan kerajaan pimpinan Shafie tumbang di Sabah.

“Kami bahkan telah melihat drone diterbang ke rumah beberapa pemimpin untuk mengintip siapa yang datang dan pergi,” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.

Kerajaan negeri Sabah pimpinan Warisan dilaporkan bakal tumbang apabila beberapa wakil rakyatnya dikatakan akan keluar parti. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat