PRK Slim: Bersatu ‘Blackout’ Umum Letak Calon, PH Tarik Diri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu ‘Blackout’ pimpinan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

Menurut Senator Marzuki Yahya, keputusan tersebut di ambil setelah Pakatan Harapan (PH) mengumumkan akan menarik diri di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

“Kami Bersatu ‘Blackout’ akan bertanding di PRK Slim.

“Ini kerana seorang ahli Majlis Presiden PH mesej saya berkata bahawa PH tidak akan bertanding. Mereka tarik diri,” katanya kepada sebuah portal berita sebentar tadi.

Marzuki turut menjelaskan, Bersatu ‘Blackout’ tidak akan menggunakan logo PH pada PRK tersebut.

“Kami tidak akan bertanding menggunakan logo PH. Sama ada kami guna lambang baru atau lambang yang diberikan oleh SPR,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Ogos ini sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak.

Kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandang, Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib dari Barisan Nasional (BN) pada 15 Julai lalu.

Seramai 689 petugas akan dilantik mengendalikan proses PRK itu manakala 13 pusat mengundi dengan 55 saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi.

Seramai 23,094 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang memerlukan peruntukan sebanyak RM4.6 juta.

Pada 15 Julai lalu, media melaporkan Khusairi meninggal dunia di Hospital Bentong akibat serangan jantung pada jam 4.15 petang di Hospital Bentong, Pahang selepas tiba-tiba pengsan ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort sekitar 2.30 petang.

Khusairi menang kerusi DUN Slim pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Mohd Amran Ibrahim dan PAS, Zulfadli Zainal, dengan majoriti 2,183 undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat