Anwar Nafi PH Beri Laluan Kepada Kumpulan Dr Mahathir Tanding PRK Slim

PKR Sasar Sokongan 20 MP Lompat Dari Bersatu dan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR — Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan terus menimbulkan pelbagai tanda tanya,...

Annuar Musa Negatif Covid-19, Tetap Jalani Kuarantin

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu bermula hari ni beliau akan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu walaupun ujian...

Anwar Takkan Lama Jadi PM Jika Saya Menang Di Mahkamah – Peguam

KUALA LUMPUR – Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana beliau akan berdepan dengan keputusan mahkamah berhubung...

PRN Sabah: KKM Rayu Patuhi SOP Kempen, Mengundi Tanpa Kira Status, Kedudukan

KOTA KINABALU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu semua yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tanpa mengira status dan kedudukan dalam masyarakat...

Cuepacs Gesa Lantik Semula 55,000 Kakitangan Kontrak Yang Ditamatkan PH

IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melantik semula 55,000 kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan dalam sektor awam ekoran...

PETALING JAYA – Pakatan Harapan belum memutuskan untuk memberi laluan kepada kumpulan serpihan PPBM yang diketuai Dr Mahathir Mohamad bertanding pada Pilihan Raya Kecil Slim, kata Presiden PKR dan Pengerusi gabungan itu, Anwar Ibrahim.

“Kita sudah putuskan, pertamanya PH akan berunding dengan pecahan Mahathir sebab mereka bertanding pada pusingan sebelum ini. Jadi, ada salah faham tentang apa yang dikatakan (bekas) setiausaha agung (PPBM).

“Keputusan kami adalah untuk berunding dengan mereka, bertanya apakah pandangan mereka. Pada Selasa, PH akan bertemu untuk putuskan. Pada PRK DUN Chini sebelum ini, kebimbangan kami adalah Covid-19 dan ruang lingkup terhad untuk berkempen.

“Kita akan dapatkan keputusan pada Selasa. Saya juga tidak menyedari perjumpaan yang mereka laksanakan. Kita akan hantar wakil untuk berbincang dengan wakil pasukan Mahathir,” katanya dalam sidang media di Port Dickson hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bekas setiausaha agung PPBM, Marzuki Yahya berkata, kumpulannya akan meletakkan calon pada PRK Slim selepas mendakwa seorang ahli Majlis Presiden PH memberitahu gabungan pembangkang itu tidak akan bertanding pada PRK kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya pada Jumaat lepas menetapkan PRK DUN Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini dengan hari pencalonan pada 15 Ogos dan pengundian awal pada 25 Ogos.

PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Khusairi Abdul Talib, 59, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lali, Khusairi yang mewakili Barisan Nasional mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon PPBM yang bertanding atas tiket PKR, Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

PRK DUN Slim merupakan PRK ke-12 selepas PRU14 pada Mei 2018.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan