Cuba Pertahan Warga Asing, Anak Mahathir Dikecam Netizen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Anak perempuan Tun Dr Mahathir Mohamad dikecam pengguna media sosial apabila mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia menahan warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

Marina Mahathir melalui ciapan di Twitter sebentar tadi mengunakan nada sinis ketika membangkitkan isu terbabit.

“Saya tertanya-tanya berapa ramai agaknya nenek moyang kita yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah ketika tiba di negara ini,? soalnya.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas kepada siapa kenyataan tersebut ditujukan, namun rata-rata netizen mendakwa ia merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa Al-Jazeera bertajuk ‘Locked Up In Malaysia Lockdown’.

Ia disusuli dengan kecaman terhadap Marina kerana membangkitkan isu yang disifatkan sebagai laporan berat sebelah.

“Saya juga tertanya-tanya bagaimana abang anda boleh menjadi billionaire. Adakah ia secara kebetulan ayah anda menjadi PM sebanyak dua kali,? soal @AzriSamat

“Setengah orang tidak memerlukan sebarang dokumen (yang sah) asalkan berbin atau berbintikan Mahathir,” bidas @AimanMMG

“Tak tahu soalan ini ingin membuktikan tahap kebodohan atau tahap kepandaian yang ketara,” kata @FaizulHilmi

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pada Isnin berkata, menerima lima laporan polis berhubung laporan dokumentari terbabit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat