Nabilah, “Babilah” Apa Pulak?

- Advertisement -

KLANG – “Saya tidak marah tetapi saya berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi. Pihak berkenaan perlu memeriksa berulang kali sebelum mengirim surat kepada pelanggan,” kata Nabilah Shani, 26, merujuk kepada kesilapan ejaan namanya pada sepucuk surat.

Nabilah berkata, surat berkenaan diterima daripada sebuah bank beberapa hari lalu dan terkejut melihat nama sebenarnya bertukar kepada nama ‘Babilah Shani’.

Bagaimanapun, ibu kepada dua anak itu tidak mudah melatah sebaliknya mengakui terhibur melihat kesilapan ejaan pada namanya yang pertama kali berlaku.

“Pertama kali baca surat itu memang terkejut, saya baca banyak kali, ‘babilah, babilah?? terus saya sendiri pun gelak kerana nama sebenar saya Nabilah.

“Tapi bila berfikir secara rasional, saya anggap ia adalah kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak bank. Mungkin huruf ‘B’ dan ‘N’ berdekatan pada ‘keyboard’. Jadi saya tak ambil serius perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kata surirumah ini, setelah melihat kesilapan ejaan itu, dia memuat naik di Facebook miliknya serta ‘tag’ Facebook bank tersebut.

ADVERTISEMENT

“Pihak bank telah menghubunginya dan mengakui kesilapan selain turut meminta maaf. Pihaknya juga akan menyiasat dan memperbetulkan kesilapan itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nabilah juga tidak menyangka perkongsian di platform Facebook tular dan menjadi bualan hangat warganet.

“Memang saya tidak menyangka isu ini boleh tular dan kesilapan ejaan itu dikaitkan dengan haiwan.

“Ramai juga yang terhibur ada yang meminta saya mengambil tindakan undang-undang. Saya tidak rasa ia disengajakan dan kebiasaan kita tidak lari melakukan kesilapan semasa menaip.

“Perkara ini juga telah melalui runding cara kedua-dua pihak secara baik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat