Analisa Awal Pesawat Ukraine Ditembak Iran

- Advertisement -

Transkrip kotak hitam dari jet Ukraine yang ditembak jatuh oleh Iran secara tidak sengaja pada 8 Januari, mengesahkan fakta wujud campur tangan haram terhadap komunikasi pesawat itu, menurut Timbalan Menteri Luar Ukraine.

Kenyataan Yevhenii Yenin dibuat semalam itu, sehari setelah pasukan antarabangsa yang memeriksa perakam penerbangan tersebut menyelesaikan analisis awal data di Perancis.

“Terima kasih kepada semua rakan kongsi yang membantu menyelesaikan masalah ini. Kotak hitam dari # PS752 berjaya dibaca dan diuraikan dengan jayanya. Transkrip tersebut mengesahkan fakta gangguan haram terhadap pesawat itu,” tulis Yenin di Twitter.

Beliau turut menyatakan bahawa Kiev menjangkakan delegasi Iran akan mengunjungi Ukraine minggu depan untuk perbincangan mengenai perkara tersebut.

Pasukan pertahanan udara Iran mengatakan mereka menembak jatuh jet Boeing 737 Ukraine International Airlines itu dengan peluru berpandu setelah membuat perkiraan salah ditengah-tengah ketegangan tinggi dengan Amerika Syarikat. Semua 176 orang di dalam pesawat terbunuh.

Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba bulan ini mengatakan, bahawa terlalu awal untuk menyalahkan kesalahan manusia kerana menembak jatuh pesawat berkenaan berikutan banyak persoalan masih belum dijawab.

Sepasukan penyiasat dari negara yang sama dengan mangsa nahas pesawat bertemu minggu ini di Biro Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam (BEA) Perancis, di Paris, untuk mula mengekstrak data.

“Muat turun dan analisis data awal adalah faktor penting dalam penyelidikan keselamatan yang teliti dan telus,” kata Katy Fox, ketua Lembaga Keselamatan Pengangkutan (TSB) Kanada, pada hari Khamis.

“Tugas di Paris sudah selesai, tetapi siasatan masih belum selesai. Masih banyak persoalan penting yang perlu dijawab,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kami mendesak Iran untuk melepaskan maklumat dari perakam secepat mungkin,” kata Fox, sambil menambah bahawa Iran – yang mengetuai penyiasatan – tidak membenarkan TSB untuk mendapatkan perincian yang diperlukan – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat