Zambry kekal Setiausaha Agung, Johari Bendahari Agung BN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) pada Selasa bersetuju melantik semula Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Setiausaha Agung manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung BN.

Zambry dalam kenyataan malam tadi memaklumkan pelantikan itu, yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, adalah berdasarkan Fasal 8.3 (D) dan Fasal 8.3 (E) Perlembagaan BN.

“Mesyuarat Agung Tahunan 2025 dengan penuh iltizam memperkukuhkan parti sebagai wadah politik inklusif dan memperteguh tekad untuk kekal bersatu di bawah payung Barisan Nasional.

“BN juga mengesahkan kesiapsiagaan penuh dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

“Kestabilan politik Sabah adalah kunci memperkukuh keselamatan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Di Bawah Bayu,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat