Sultan Selangor Perkenan DUN Bersidang 23 Ogos Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 23 Ogos ini.

Speaker DUN, Ng Suee Lim memaklumkan, Baginda turut berkenan untuk berangkat bagi merasmikan istiadat pembukaan DUN pada tarikh berkenaan.

Terdahulu, Suee Lim memaklumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor pada 23 Jun lalu.

Perkara itu juga merupakan hasil perbincangan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, maklumnya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Menurutnya lagi, persidangan pertama DUN Selangor penggal ke-14 itu bakal berlangsung bagi tempoh 23 Ogos sehingga 3 September.

Bagaimanapun Suee Lim berkata, perkara itu bergantung kepada situasi semasa Ordinan Darurat yang berakhir pada 1 Ogos. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat