2021 tahun alam maya

- Advertisement -

SEJAK 12 bulan lalu, wujud perubahan yang sangat drastik dalam era digitalisasi serta norma kehidupan baharu untuk semua lapisan penduduk di dunia.

Ia bertitik tolak daripada penularan pandemik Covid-19 sekali gus mengubah kaedah kehidupan termasuk kebanyakan organisasi serta entiti perniagaan sudah mengadaptasi budaya kerja digital.

Keadaan itu juga meningkatkan ‘tekanan Internet’ di sesebuah negara termasuk Malaysia.

Menerusi perubahan paradigma meluas yang terdiri daripada bekerja jarak jauh ke mendigitalkan perniagaan, jangkaan pelanggan berubah dengan ketara dalam masa 12 bulan terakhir.

Bagi mereka yang tidak beralih ke persekitaran di awan atau ‘Clouds’, jelas bahawa mereka ketinggalan kerana pergerakan fizikal menurun dengan ketara akibat sekatan perjalanan.

Satu kajian yang dilaksanakan oleh Deloitte di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa dalam beberapa bulan pertama wabak, restoran dan kedai runcit mengalami penurunan kemasukan pengunjung fizikal sehingga 42 peratus.

Pengurus Negara Infobip, CS Gill berkata, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, Persatuan Digital Malaysia mencatatkan peningkatan 11 peratus untuk perniagaan kecantikan dan kesihatan melalui perkhidmatan dalam talian.

“Ini membawa beberapa maksud, pertama adalah bahawa semua perniagaan, besar dan kecil, akan mendapat manfaat daripada keberadaan di dalam talian di era digital masa kini.

“Sudah pasti, hanya berada di laman sesawang tidak ada makna melainkan pengguna dapat membina

hubungan.

 

ENTITI perniagaan hari ini perlu bergerak ke arah digital termasuk perkhidmatan awanan untuk berada di landasan yang betul.
ENTITI perniagaan hari ini perlu bergerak ke arah digital termasuk perkhidmatan awanan untuk berada di landasan yang betul.

 

“Di sinilah pentingnya pendekatan pelbagai saluran atau ‘omnichannel’ terhadap perkhidmatan pelanggan, jika anda melabur dalam penyelesaian di awan untuk bertindak automatik bagi norma baharu, maka anda berada di landasan yang betul,” katanya.

Gill berkata, landskap maya kini melonjak melebihi sempadan batasan fizikal, membolehkan jenama berinteraksi dengan pelanggan pada bila-bila masa.

Beliau berkata, pelbagai pilihan saluran komunikasi, platform media sosial seperti Facebook dan Instagram kini menjadi pilihan utama untuk sektor runcit dan sokongan pelanggan.

“Populariti e-dagang juga meningkat apabila lebih ramai pengguna berubah ke dalam talian untuk membeli-belah semasa wabak merebak.

“Berdasarkan dapatan Forbes, ia sangat memudahkan, e-dagang berkemungkinan besar akan kekal sebagai sektor dengan pertumbuhan tinggi pada era pasca-pandemik.

“Dalam laporan Infobip baru-baru ini, 2,760 responden tinjauan meliputi Asia Pasifik berkongsi bahawa mereka tidak mempunyai sokongan teknologi digital dan latihan kemahiran yang tepat untuk memberikan sokongan digital kepada pelanggan secara berkesan,” katanya.

 

CS Gill
CS Gill

 

Menurutnya, masalah kritikal ini menjadi duri dalam daging di dalam norma baharu.

Katanya, antara platform ini termasuk SMS, e-mel, pusat panggilan, Facebook Messenger, WhatsApp untuk perniagaan, pesanan langsung Instagram, WeChat, dan Telegram.

 

TAHUN 2021 bakal menjadi lonjakan era digitalisasi susulan pandemik Covid-19.
TAHUN 2021 bakal menjadi lonjakan era digitalisasi susulan pandemik Covid-19.

 

“Amalan terbaik bagi perniagaan adalah membina hubungan maya mengutamakan pengetahuan tentang pelanggan dan memperibadikan setiap interaksi.

“Apabila landskap maya berkembang, jenama kini mempunyai lebih banyak data masa nyata untuk menganalisa dan memahami pelanggannya dengan lebih baik,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat