‘Cakap Siang Pandang-Pandang, Cakap Malam Dengar-Dengar’ Wahai Dr Rafidah – Pengamal Media

- Advertisement -

CYBERJAYA: Seorang pengguna Twitter yang juga pengamal media menasihatkan Dr Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah agar berhati-hati bila bercakap kononnya wartawan dan pihak media tidak berkerjasama dan memperhebatkan kempen kebaikan vaksin kepada rakyat.

Nasihat itu disampaikan susulan ciapan Twitter Dr Rafidah yang berbunyi “Media mana? Tolong tunjukkan kebaikkan vaksin kepada rakyat. Tak payahlah cerita-cerita artis langgar SOP. Pedulikan mereka ini. Gantikanlah program-program tidak berilmiah dengan yang boleh mempengaruhi minda masyarakat kita ke arah membuat keputusan yang betul. lebih kan”.

Pengguna Twitter yang menggunakan nama Hariz Mkini membalas dengan “Dear Dr Rafidah, pepatah Melayu ada menyebut ‘Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’.

“This is thread oleh saya, salah seorang pengamal media yang saban hari melapor berita pandemik Covid-19 dan vaksin,

“Untuk maluman Dr yang bijak pandai dari seawal kes pertama kes Covid-19 dikesan di negara kita pada tahun lepas, media telah memainkan peranan tanpa lelah untuk mendidik masyarakat bahaya corona virus ini. Sehinngakan sewaktu full PKP dilaksana, media masih bergerak ke sana ke sini walaupun berdepan risiko dijangkiti virus,” tulisnya.

Katanya lagi, sehingga hari ini, sewaktu para ‘frontliners’ kesihatan dan pihak keselamatan telah lama lengkap dua doa vaksin, media yang yang dianaktirikan masih terus membuat liputan walaupun ramai masih belum mendapat vaksin.

“Sehingga ada yang masuk ke dalam peti kontena mayat berisi jenazah Covid-19 semata  untuk membuat laporan yang memberi impak bagi mendidik masyarakat. Malaysiakini pun pernah masuk untuk melihat sendiri dan membuat laporan mengenai pandemik.

“Sewaktu ‘frontliners’ merungut mengenai isu potong queqe dalam Fasa 1 PICK, siapa yang banyak highlight isu tersebut bagi mendedahkan kepincangan? Harap Dr tidak lupa jasa media dalam membantu ‘frontliners’, tegasnya lagi.

Dalam pada itu, bidas Hariz lagi, saban hari media melaporkan mengenai PICK dan berkaitan vaksinasi serta mewar-warkan mengenai pendaftaran.

Jelasnya, media juga melaporkan kepentingan dan kebaikan vaksin kepada masyarakat. Media juga yang saban hari mendesak pihak berwajib untuk memberikan jawapan setiap kali ada persoalan atau isu yang timbul mengenai PICK.

Beliau juga mendesak Dr Rafidah melaporkan segala kekurangan dari segi ‘volume’ laporan berita mengenai program vaksinasi kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tanyakan mengapa sekarang tiada lagi sidang media harian oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia @DGHisham? di kala virus sedang menggila,’ soalnya.

Beliau juga bertanya mengapa sidang media @JKJAVMY hanya seminggu sekali, dikala program imunisasi sedang rancak walaupun tak berapa laju sebenarnya.

Bidas Hariz lagi berkaitan rungutan Dr Rafidah mengenai liputan artis yang tidak ikut SOP, adakah pihak media perlu mendiamkan diri? tanya beliau.

“Kalau ikutkkan kami, kami dah menyampah, muak, mual nak muntah buat berita artis tak semenggah yang tak habis2 nak publisiti muaraha asyik langgar SOP,

“Tapi ia adalah isu yang legit. isu yang membarah di hati rakyat, yang sudah sakit hati mereka kerana melihatkan sesetengah golongan seperti artis sewenang-wenangnya bebas berbuat apa sahaja ketika rakyat biasa terpaksa menurut SOP sepanjang masa.

“Saya faham Dr bersemangat dalam usaha nak mendidik rakyat dalam melawan pandemik ini. Tapi janganlah dalam semangat itu, kawan sendiri pun hendak ditembak, jangan friendly  fire bak kata orang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau meminta Dr Rafidah membuka mata dan hati. Katanya lagi, di pihak media, kami bukanlah seburuk atay sebodoh disangka.

“Wassalam. semoga Allah merahmati Dr dan keluarga. Akhir kata segala pandangan saya di sini adalah pandanan peribadi seorang wartawan dan tidak mewakili organisasi di mana saya bekerja,” katanya. -SuaraTV

Pautan : https://twitter.com/harizmohd_mkini/status/1397037935661228035?s=24

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat