Fahmi terkesan UM jemput pensyarah asing pro rejim Zionis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap Universiti Malaya (UM) kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat, terutamanya berkaitan perjuangan Malaysia terhadap nasib rakyat Palestin.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata beliau berasa terkesan dengan UM kerana menjemput seorang ahli akademik warga asing yang cenderung kepada rejim Zionis.

“Seorang profesor telah hadir, beri komen yang jelik dan apabila diteliti latar belakang akademiknya, dia adalah pro kepada rejim Zionis.. saya kesal dengan jemputan ini,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya, lapor Bernama pada Khamis.

Ketika ditemui pemberita Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata perkara itu sepatutnya tidak berlaku di UM kerana universiti itu merupakan sebuah institut pengajian tinggi (IPT) yang merupakan tempat pengajian ramai pemimpin tertinggi negara.

“UM juga adalah IPT yang berada dalam kawasan Parlimen (Lembah Pantai) dan sebagai Ahli Parlimen kawasan ini, saya timbulkan rasa kesal. Insiden sebegini seharusnya tidak berlaku kerana UM merupakan alma mater ataupun tempat pengajian perdana menteri, beberapa mantan perdana menteri, mantan speaker, peguam negara, ketua hakim negara.

“Kita tahu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah bersuara cukup lantang tentang isu Palestin ini,” kata Fahmi.

Media sebelum ini melaporkan UM menerima banyak kecaman kerana membenarkan seorang profesor sains politik Bruce Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.

Semalam Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengarahkan UM membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah warga asing terbabit, dan pihak universiti juga diminta menyiasat perkara itu serta melaporkan segera butiran lanjut mengenainya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat