Lindung aktiviti haram di KL, SPRM reman pegawai kanan polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pegawai kanan dan anggota polis dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi aktiviti haram sekitar Kuala Lumpur.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 26 Mac itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Farhana Mohd Najib ke atas suspek utama, manakala suspek kedua telah direman sehari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

FMT melaporkan menurut sumber, suspek utama iaitu lelaki berusia 40-an disyaki menerima suapan antara tahun 2021 hingga 2024 daripada sindiket dalam bentuk tunai sebagai balasan melindungi aktiviti haram melibatkan perjudian, maksiat dan kumpulan gengsterisme di sekitar Kuala Lumpur,

“Hasil penahanan ke atas suspek, SPRM turut menemui sejumlah wang bernilai lebih RM1.2 juta hasil serbuan di beberapa premis milik suspek.

“Suspek utama telah ditahan di Putrajaya kelmarin manakala suspek kedua yang merupakan anggota bawahannya ditahan pada hari yang sama di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat